A.L.E.R.T CAMPAIGN (A LATE EFFORT RESULTS TRAGEDY)

20 Sep 2017

ALHAMDULILLAH We did it!
20.9.2017 : 3.00 pm -- Pelancaran Kempen ALERT oleh Hablem Oil & Gas telah diadakan di Wisma Hablem Taman Melawati. 


Semua kakitangan Hablem memberikan 100% sokongan menghadiri pelancaran ini. Kempen ALERT telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan; Haji Azmi bin Abdullah.

 

En.Nazim bin Muhammad selaku pengarah program berkata" Selaras dengan misi dan objektif syarikat untuk menjadi Industry Leader dalam NG/LPG Gas Contractor dan Gas Leak Detector, kempen ALERT ini merupakan salah satu benih yang membantu Hablem untuk mencapai misi tersebut".

 

Kempen ALERT diadakan untuk membantu orang ramai dengan memberi kesedaran tentang keselamatan berkaitan LPG disamping pelbagai promosi ditawarkan oleh Hablem Oil & Gas termasuk promosi Pembaharuan PGL dan percuma lawatan tapak dan perundingan berkaitan pemasangan pipe LPG.

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan kempen ini dan menikmati promosi-promosi yang ditawarkan, bolehlah menelefon kami di talian 03-41066049 (Wardah/Raimi) Atau emel di sales@hablem.com

 



Back to NEWS & EVENTS


Print